PSG Bayar Neymar RM4.88j Seminggu

0
1022

 

Portal sukan Perancis, Mediapart melaporkan bahawa Neymar menjadi pemain bola sepak yang menikmati gaji paling tinggi di dunia selepas dia dibayar 900,000 (RM4.88 juta) seminggu di Paris Saint-Germain (PSG).

Sebelum ini, gergasi bola sepak Perancis itu membayar 198 juta pound (RM1.07 billion) kepada Barcelona untuk membawa keluar penyerang Brazil itu dari Sepanyol, musim lalu.

Maklumat yang mengejutkan ini bocor selepas beberapa hari portal berkenaan turut mendedahkan terdapat ‘klausa tingkah laku’ dalam kontrak pemain berusia 26 tahun itu, termasuk perlu memuji penyokong PSG pada setiap masa.

Manakala akhbar Les Parisiens pula mendedahkan, Neymar turut diwajibkan menepati masa, menghormati wartawan dan media serta tidak membuat pertaruhan dalam pertandingan yang disertai PSG.

Menurut Mediapart pula, PSG terpaksa membayar jumlah keseluruhan 252 juta euro (RM1.19 billion) dalam proses mendapatkan pemain tersebut dari Barcelona. Ia termasuk 30 juta euro (RM142.31 juta) untuk cukai.

Bagaimanapun, 15 peratus daripada gaji Neymar merupakan ‘premiur etika’ dimana juara Ligue 1 itu berhak memotongnya jika pemain tersebut didapati melanggar peraturan, syarat yang sama seperti kebanyakan bintang yang ada dalam PSG.

Setakat ini, Neymar telah meledak 12 gol dan mencipta gerakan untuk enam gol buat PSG pada musim ini. Dia dikatakan pernah meminta PSG membuang ‘peraturan pematuhan cukai’ tetapi ditolak oleh kelab berkenaan.

Dia bagaimanapun enggan menggulas mengenai pendedahan Mediapart.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here