PSG Terpaksa Jual Neymar Atau Mbappe

0
929

 

Paris Saint-Germain (PSG) terpaksa menjual salah satu daripada pemain bintang mereka iaitu Neymar Jr. atau Kylian Mbappe pada jendela perpindahan musim panas 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, PSG terpaksa melakukan penjualan itu bagi mengelak dari terkena hukuman Financial Fair Play (FFP) yang telah diperkenalkan oleh UEFA.

FFP adalah satu undang-undang yang dibuat oleh UEFA untuk mengelakkan kelab-kelab bola sepak professional melakukan perbelanjaan dalam perpindahan pemain lebih daripada kemampuan kewangan kelab tersebut.

PSG bakal berdepan hukuman FFP kerana telah berbelanja besar pada musim panas tahun 2017 lalu bagi mendapatkan pemain-pemain bintang antaranya Neymar Jr dan Kylian Mbappe.

Neymar dibeli dengan harga 222 juta euro, manakala Mbappe pula dibeli dengan harga 180 juta euro. Pembelian itu dipercayai tidak seimbang dengan kewangan akaun pasukan PSG miliki.

Bagi mengimbangi kembali kewangan, PSG terpaksa menjual salah satu daripada mereka, Neymar atau Mbappe.

Jika PSG didapati telah melanggar peraturan FFP, mereka bakal berdepan hukuman sekatan perpindahan pemain, penahanan wang hadiah dan hukuman yang paling berat adalah mereka tidak akan dibenarkan beraksi di Liga Juara-Juara (UCL).

Pastinya akan menjadi satu tamparan hebat buat PSG sekiranya mereka dilarang beraksi di UCL kerana menjuarai piala berprestij itu merupakan salah satu sasaran utama mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here