Ramalan Manchester City VS Manchester United, 11 November 2018

1
238

 

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City akan menerima kunjungan Manchester United di Stadium Etihad untuk perlawanan ke-12 liga musim 2018/19. Dua musuh setempat ini masing-masing memiliki keyakinan yang tinggi selepas meraih kemenangan yang habat di pentas Eropah.

Di Liga Juara-Juara minggu lalu, pasukan bimbingan Pep Guardiola meraih kemenangan enam gol tanpa balas keatas Shakhtar Donetsk. David Silva, Raheem Sterling dan Riyad Mahrez masing-masing mencetak satu gol, manakala Gabriel Jesus meledak tiga gol.

Sementara itu, dalam kejohanan yang sama, United membuat kejutan meraih kemenangan keatas Juventus di Turin. Ketinggalan menerusi gol Cristiano Ronaldo, anak-anak buah Jose Mourinho berjaya membalikkan keputusan di minit-minit akhir perlawanan dengan jaringan sepakan percuma Juan Mata dan gol sendiri Leonardo Bonucci.

Setakat ini, City masih mengekalkan rekod tanpa kalah di EPL, oleh itu mereka memiliki kelebihan dalam derby Manchester ini. Tetapi United, yang telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, juga tidak akan teragak-agak untuk menyasar tiga mata.

United menang 3-2 di Stadium Etihad musim lalu, dan kini mahu meraih kemenangan EPLĀ  kedua berturut-turut di stadium tersebut buat kali kedua. Mereka sebelum ini melakukannya pada November 2008 dan April 2010 lalu.

Namun City tidak tewas dalam 53 perlawanan terakhir mereka menentang pasukan-pasukan diluar empat terbaik. Selain itu, sepanjang bersama City, Guardiola belum pernah menerima dua kekalahan di tempat sendiri kepada satu pasukan yang sama.

Manchester Derby ini dijangka bakal berlangsung sengit.

Ramalan Susunan Pemain

City (4-3-3): Ederson; Mendy, Laporte, Kompany, Walker; David Silva, Fernandinho, Bernardo Silva; Sterling, Aguero, Mahrez. Manajer: Josep Guardiola.

United (4-3-3): De Gea; Shaw, Lindelof, Smalling, Young; Pogba, Matic, Herrera; Martial, Rashford, Mata. Manajer: Jose Mourinho.

Ramalan Keputusan

Selalu tercipta tiga gol atau lebih dalam 21 perlawanan dari 23 perlawanan terakhir City di halaman sendiri dalam saingan EPL.

Selalu Tercipta tiga gol atau lebih dalam lima perlawanan terakhir United di EPL.

City selalu meledak dua gol atau lebih dalam tujuh perlawanan terakhir mereka di EPL.

United selalu mencetak dua gol atau lebih dalam empat perlawanan terakhir mereka di EPL.

Ramalan keputusan akhir: Manchester City 2-2 Manchester United

Head-To-Head

Liga Perdana Inggeris

Perlawanan: 42

City menang: 13

Gol City: 55

Seri: 8

United menang: 21

Gol United: 63

5 Perlawanan terakhir

07-04-2018 City 2-3 United (EPL)
10-12-2017 United 1-2 City (EPL)
28-04-2017 City 0-0 United (EPL)
27-10-2016 United 1-0 City (Piala Liga)
10-09-2016 United 1-2 City (EPL)

5 Perlawanan Terakhir City

24-10-2018 Shakhtar 0-3 City (UCL)
30-10-2018 Totenham 0-1 City (EPL)
02-11-2018 City 2-0 Fulham (Piala Liga)
04-11-2018 City 6-1 Southampton (EPL)
08-11-2018 City 6-0 Shakhtar (UCL)

5 Perlawanan Terakhir United

20-10-2018 Chelsea 2-2 United (EPL)
24-10-2018 United 0-1 Juventus (UCL)
28-10-2018 United 2-1 Everton (EPL)
03-11-2018 Bournemouth 1-2 United (EPL)
08-11-2018 Juventus 1-2 United (UCL).

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here