Ramalan: Napoli vs Liverpool

1
1460

 

Napoli akan menerima kunjungan Liverpool di Stadio San Paolo untuk aksi ke-2 Kumpulan C Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Khamis.

Napoli antara pasukan yang cukup kuat di tempat sendiri tetapi Liverpool juga bukan lawan yang mudah untuk dikalahkan.

Napoli hanya kalah empat kali dalam 26 perlawanan di tempat diri dalam kencah eropah (M16 S6 k4). Faktor itu yang bakal menjadi keyakinan buat Napoli untuk meraih tiga mata di hadapan penyokong sendiri.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti memulakan kempen di peringkat kumpulan dengan keputusan seri 0-0 ketika berhadapan dengan Red Star. Dalam perlawanan itu, mereka menguasai ball possession (73% – 27 %), jumlah percubaan ke gawang (20-6) dan percubaan tersasar (8-3).

Namun peluang yang diperolehi Lorenzo Insigne, Arkadiusz Milik, Jose Callejon, Allan, Fabian Ruiz dan Piotr Zielinski gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Menentang Liverpool nanti, Napoli perlu memperbaiki sentuhan penyudah sekiranya bercita-cita untuk meraih 3 mata.

Napoli juga perlu bermain dengan lebih baik berbanding dengan ketika tewas 1-3 kepada Juventus dalam aksi Seria A baru-baru ini.

Liverpool yang merupakan finalist musim lalu adalah salah satu pasukan pilihan utama dalam kumpulan maut ini. The Reds sudah membuktikan perkara itu ketika berjaya menewaskan PSG 3-2 pada parlawanan pertama, di Anfield.

Walaupun Mohamed Salah tidak setajam musim lalu, namun Liverpool tetap berjaya meraih kemenangan. Gol Daniel Sturride dan penalti James Milner sempat disamakan oleh PSG menerusi Thomas Meunier dan Kylian Mbappe, namun gol Roberto Firmino pada penghujung permainan telah memberi kemenangan buat Liverpool.

Liverpool cukup dikenali dengan pasukan yang memiliki barisan serangan yang menakutkan menerusi trio Salah, Firmino dan Sadio Mane. Namun mereka dilihat mengalami penurunan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka. Setelah disingkirkan Chelsea di Piala Liga, mereka hanya seri 1-1 menentang pasukan sama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ramalan Susunan Pemain

Napoli (4-4-1-1): karnezis; Rui, koulibaly, Albio, Hysaj; Zielinski, Allan, Callejon; Insigne; Milik

Jurulatih: Carlo Ancelotti

Liverpool (4-3-3): Alisson; Robertson, Van Dijk, Gomez, Alexander-Arnord; Keita, Wijnaldun, Milner; Mane, Firmino, Salah

Jurulatih: Jurgen Klopp

Ramalan Keputusan

Napoli yang beraksi di halaman sendiri tidak perlu gusar kerana Liverpool tidak berada dalam prestasi terbaik mereka.

Kali terakhir bertemu pasukan dari Itali, Liverpool tewas kepada AS Roma.

Napoli memiliki skuad yang berkualiti dan jurulatih yang hebat. Pengalaman Ancelotti menghadapi Liverpool ketika mengemudi AC Milan, Chelsea dan Real Madrid mungkin boleh memberikan sedikit kelebihan.

Keputusan seri mungkin menjadi sesuatu yang cukup bagus buat Liverpool. Namun dengan strategi yang baik, Napoli memiliki peluang untuk meraih tiga mata.

Ramalan keputusan: Napoli 2-1 Liverpool

Head-To-Head
Perlawanan: 2
Napoli menang: 0
Gol Napoli: 0
Seri: 1
Liverpool menang: 1
Gol Liverpool: 3

3 Pertemuan Terakhir
5/8/2018 Liverpool 5-0 Napoli (Persahabatan)
5/11/2010 Liverpool 3-1 Napoli (UEL)
22/10/2010 Napoli 0-0 Liverpool (UEL)

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here