Ramos Mahu Pastikan Kane Terus Ketandusan Gol

0
312

 

Awal pagi esok, skuad Three Lions bakal bertemu Sepanyol dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Sepanyol yang kini berwajah baru berpeluang untuk mengesahkan tempat teratas Kumpulan A4 dengan kemenangan, susulan kemenangan 2-1 di Wembley, bulan lalu.

Manakala England pula dilihat bergelut untuk mengelak penyingkiran daripada kumpulan elit dan mereka boleh mengelak untuk menghadapi situasi buruk itu sekiranya Kane kembali meraih semula sentuhan berbisanya.

Namun bukan sesuatu yang mudah buat Kane bangkit dalam perlawanan menentang Sepanyol yang memiliki barisan pertahanan mantap yang diketuai Sergio Ramos.

Ramos memuji Kane sebagai pemain yang memiliki ‘fizikal yang menakjubkan’, tetapi dia yakin Sepanyol memiliki ramaun terbaik untuk meneruskan rentetan kemaru penyerang England itu.

“Dia tidak menjaringkan gol ketika menentang kami sebelum ini dan kami akan cuba meneruskan kemarau jaringannya kerana ia akan menjadi petanda yang baik untuk kami.

“Perlawanan di Liga Perdana Inggeris mungkin terlalu menonjolkan kemampuan fizikal dan Kane secara fizikal nampak menakjubkan.

“Dia mengejutkan ramai orang tetapi bukan saya. Mereka memiliki pemain yang berbahaya dan kami perlu mengkaji mereka dengan baik,” kata Ramos.

Sepanyol yang kini dibawah kendalian Luis Enrique sedang mengharungi proses pemulihan selepas tersingkir di peringkat 16 terakhir di Russia.

Setakat ini Enrique sudah berjaya melakar tiga kemenangan sejak dia mengambil alih tugas selaku jurulatih termasuk menewaskan finalis Piala Dunia, Croatia 6-0.

“Pada akhirnya bola sepak adalah mengenai keputusan,” kata Ramos. “Selepas Piala Dunia, motivasi kami agak merudum tetapi kerana perubahan jurulatih, semangatnya sudah kembali sedikit demi sedikit, ada lebih disiplin dan keinginan.”

Dalam masa yang sama Enrique memberikan sokongan moral buat Southgate dan menggesa England terus meletakkan kepercayaan kepada jurulatih itu yang baharu saja menandatangani kontrak lanjutan awal bulan ini sehingga selepas Piala Dunia 2022.

“Saya mengikuti sidang medianya kerana rasa ingin tahu dan mendapat guru bahasa Inggeris dengan percuma,” kata Enrique sambil tersenyum.

“Saya gemar cara beliau meluahkan dirinya, dan bagaimana dia mempercayai bagaimana bola sepak harus dimainkan.

“Percaya kepadanya, kerana beliau akan melakukan banyak kerja yang baik untuk pasukan England selepas ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here