Rashidi Ishak Terkejut Terima 300 Mesej Peminat Setiap Hari Selepas Isu Rumahtangga Dengan Isterinya. Rupanya Ini yang Berlaku

0
216

Nampaknya, selepas mengumumkan perceraiannya dengan Vanidah Imran akhir bulan lalu, Rashidi Ishak mengakui sering kali menerima mesej menerusi laman Instagramnya.

Akui terkejut hampir ratusan mesej diterimanya, Rashidi memberitahu kebanyakan penghantar mesej memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya untuk teruskan kehidupan selepas bercerai.

“Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on.

“Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya kepada XTRA.

Ujar Rashidi lagi, dia kini lebih bersemangat untuk membina hidup baru dan sudah move on dengan peristiwa lalu. Ditanya sama ada mahu merujuk kembali dengan bekas isteri, Rashidi memberitahu mustahil buat masa sekarang, namun dia percaya dengan perancangan Allah.

Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Rashidi mengesahkan dia dan Vanidah sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here