Real Madrid Mara Ke Final Piala Dunia Kelab 2018

0
185

 

Gareth Bale tampil cemerlang dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab 2018 di antara Kashima Antlers vs Real Madrid di Stadium Sukan Syekh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Real Madrid meraih kemenangan 3-1 ke atas Kashima. Ketiga-tiga gol Real dijaringkan oleh Gareth Bale pada minit ke-44, 53, dan 55. Sementara gol Kashima pula dijaringkan oleh Shoma Doi pada minit ke-78.

Kemenangan Real ini jelas membuktikan keinginan mereka untuk memburu gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut.

Real Madrid akan bertemu wakil tuan rumah Emiriah Arab Bersatu, Al-Ain  di pentas akhir pada hari Ahad, 23/12/2018, pukul 12.30 pagi waktu Malaysia di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi, UAE.

Pengurus Real Madrid, Santiago Solari, percaya aksi yang dipamerkan Bale ketika menentang Kashima mampu menjadi pemangkin kebangkitan pasukan dalam menghadapi final Piala Dunia Kelab, La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Kami semua mengharapkan prestasi seperti ini setiap hari Ahad, Rabu dan setiap kali kami bermain.

“Sudah tentu tidak mudah menjaringkan tiga gol pada setiap perlawanan tapi saya tidak hanya maksudkan gol tapi juga komitmennya. Dia mempunyai komitmen itu pada perlawanan terakhir.

“Hari ini semuanya sempurna untuknya. Dia berhak mencapainya atas komitmen sebelum ini,” kata Solari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here