Real Madrid Raih Gelaran Juara Piala Dunia Kelab Kali Ke-4

0
156

 

Real Madrid telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab 2018 selepas menang 4-1 ke atas Al-Ain awal pagi tadi. Ini adalah gelaran pertama Real Madrid di bawah bimbingan jurulatih Santiago Solari.

Empat gol kemenangan Real Madrid dijaringkan oleh Luka Modric pada minit ke-14, Marcos Llorente (60), Sergio Ramos (78) dan gol sendiri dari Yahia Nader (91). Satu gol dari Al-Ain dijaringkan oleh Tsukasa Shiotani pada minit ke-86.

Satu gol Luka Modric dalam perlawanan ini menjadikan tradisi pemenang Ballon d’Or mencetak nama sebagai penjaring di Piala Dunia Kelab sejak dari tahun 2015. Dalam tiga edisi sebelumnya, pemenang Ballon d’Or (Ronaldo) selalu menjaringkan gol dalam perlawanan akhir.

Gelaran ini menjadikan Real Madrid sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia Kelab dengan mengumpul empat piala kejuaraan. Real Madrid lebih satu piala berbanding musuh utama mereka, Barcelona.

Di samping itu, Real Madrid juga menjadi pasukan pertama yang mampu memenangi gelaran Piala Dunia Kelab tiga kali berturut-turut.

Sementara itu, juara Copa Libertadores 2018, River Plate, mengakhiri pertandingan Piala Dunia di tempat ketiga dengan mengalahkan juara Liga Juara-Juara Asia Kashima Antlers, empat gol tanpa balas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here