Real Madrid Raih RM420 Juta, Liverpool Dapat RM385 Juta

0
1612

 

88.6 juta euro atau bersamaan dengan RM420 juta itulah jumlah yang diperolehi Real Madrid daripada Bolasepak Eropah (UEFA) diatas kejayaan kelab gergasi Sepanyol itu menjulang piala Liga Juara-Juara (UCL) kali ke-13 musim lalu.

UEFA telah membahagikan 1.412 bilion euro (RM6.70 bilion) kepada kesemua kelab yang turut serta dalam saingan peringkat kumpulan UCL 2017-2018 dan termasuk 10 pasukan yang tersingkir pada peringkat playoff.

Jumlah yang diterima setiap pasukan dibahagikan mengikut persembahan dan pembayaran “kelompok pasaran”, yang mana ditentukan menerusi nilai pasaran televisyen di setiap negara.

Liverpool yang merupakan naib juara pula memperolehi 81.3 juta euro (RM385 Juta), kurang sedikit daripada AS Roma yang tewas kepada Liverpool di peringkat separuh akhir apabila memperolehi 83.8 juta euro (RM397 juta).

Kelab gergasi Itali, Juventus pula menjadi penerima keempat tertinggi dengan jumlah 80.1 juta euro (RM379).

Manakala Bayer Munich yang tewas kepada Real pada peringkat separuh akhir menduduki tempat kelima terbanyak dalam senarai penerima dengan 70.5 juta euro (RM334 juta).

Bagi kelab yang tersingkir pada peringkat kumpulan menerima antara 17.4 juta euro (RM82.5 juta) dan 46.5 juta euro (RM220.5 juta) berdasarkan keputusan masing-masing dengan setiap pasukan dijamin memperolehi minima 12.7 juta euro (RM60 juta)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here