Real Madrid Rela Korbankan Isco Dan Kovacic Demi Hazard

0
302

 

Real Madrid dilihat terdesak untuk mendapatkan pemain sayap Chelsea, Eden Hazard sehingga mereka bersedia mengorbankan dua pemain tengah mereka, Isco dan Mateo Kovacic.

Sebelum ini, Real Madrid pernah dikaitkan untuk menandatangani Hazard di jendela perpindahan musim panas tahun ini.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku sehingga pasaran pemindahan musim panas ditutup Ogos lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh Ona Cero, Real amat berharap dapat menandatangani Hazard.

Real juga dikatakan bersedia membuat satu tawaran yang agak menarik dan sukar untuk ditolak pihak Chelsea.

Demi Hazard, Madrid bersedia untuk melepaskan dua pemain mereka iaitu Isco dan Mateo Kovacic untuk Chelsea.

Kovacic kini dipinjamkan ke Chelsea. Namun kontrak pinjaman Kovacic tidak termasuk mengekalkannya di pasukan The Blues.

Namun, perkara tersebut boleh berubah di akhir musim, terutamanya jika Madrid serius mengejar Hazard.

Sementara itu, Isco pula dilihat agak sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan sejak Santiago Solari mengambil alih tugas sebagai jurulatih.

Disebabkan perkara itu, peluang Real untuk mendapatkan Hazard dilihat agak cerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here