Real Madrid Tunjukkan Prestasi Terbaik Kalahkan Atletico Madrid

0
97

 

Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari memuji penampilan para pemain bimbingannya ketika bertemu Atletico Madrid pada perlawanan ke-23 La Liga musim 2018/19.

Bagi Solari, penampilan Madrid dalam perlawanan tersebut merupakan yang terbaik pada musim ini.

Pemain-pemain Real berjaya tampil cemerlang bermain di kandang Atletico, Stadium Wanda Metropolitano dengan mengalahkan mereka dengan keputusan 3-1.

Tiga gol itu telah dijaringkan oleh Casemiro pada minit ke-16, Sergio Ramos pada minit ke-42, dan Gareth Bale pada minit ke-74.

Menurut Solari, kemenangan ini dicapai kerana kerja keras dari semua pemain dan kerana itu dia tidak mahu memuji hanya satu atau dua pemain sahaja. Hasil dari kesepakatan pemain sepanjang perlawanan, Real dengan mudah memungut tiga mata penuh.

“Ianya merupakan kemenangan pasukan, tidak ada cara lain untuk mendapatkan apa-apa dari stadium ini bersaing dengan pesaing yang kuat dan berdaya saing. Bermain sebagai sebuah pasukan adalah satu-satunya cara untuk menang di Wanda (Metropolitano). Kami kuat dalam setiap aspek permainan. Inilah yang terbaik yang kami mainkan sejak Disember,” kata Solari seperti yang dilapor oleh media luar Goal.

Hasil dari kemenangan tersebut, Real telah bertukar posisi dengan Atletico dalam kedudukan carta La Liga musim 2018/19. Real kini berada di posisi kedua dengan 45 mata manakala Atletico berada di posisi ketiga dengan 44 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here