Ribery Dan Jurulatih Bayern Cipta Sejarah Baru

0
542

 

Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac dan anak buahnya, Franck Ribery mencatat rekod peribadi baru pada minggu ke-17 Bundesliga.

Rekod itu tercipta hasil kemenangan Bayern 3-0 ke atas Eintracht Frankfurt di Commerzbank Arena, Ahad.

Inilah kali pertama Niko Kovac merasakan lima kemenangan berturut-turut di Bundesliga semenjak menjadi jurulatih Bayern.

Semasa masih sebagai seorang pemain Bayern, Kovac hanya mampu meraih empat kemenangan berturut-turut sahaja.

Kovac mengakui agak bangga dengan Bayern kerana boleh memenangi perlawanan tersebut kerana menurutnya Frankfurt dilihat agak sukar untuk ditewaskan pada awal permainan.

“Dalam 20 minit pertama, kami membuat banyak kesilapan dan tidak menghentikan serangan balas Frankfurt, selepas itu kami bermain seperti sepatutnya. Kami bermain bola dengan cepat dan membuat lawan tidak dapat menekan,” kata Kovac menerusi laman web rasmi Bayern Munich.

“Dalam beberapa perlawanan terakhir, kami bermain dengan baik. Ini merupakan tanda kebangkitan Bayern Munich,” tambah Kovac.

Kemenangan Bayern kali ini dibantu oleh dua gol oleh Frank Ribery pada minit ke-35 dan 79, manakala satu gol lagi dijaringkan oleh Rafinha pada minit ke-89.

Ribery, yang berusia 35 tahun 259 hari, kini merupakan pemain tertua dalam sejarah Bayern Munich yang dapat menjaringkan gol lebih daripada satu gol dalam perlawanan Liga di Jerman.

Tiga mata tambahan ini menjadikan Bayern Munich bangkit untuk menduduki tempat kedua Bundesliga dengan mengumpul 36 mata. Bayern Munich kini hanya enam mata dari Borussia Dortmund yang menduduki tangga teratas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here