Ro$mah Ditangkap SPRM Dan Akan Didakwa Esok. Ini Hukvman Bakal Diterima Jika Dia Didapati Bersalah

0
205

Isteri bekas perdana menteri R0smah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra$uah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan agensi antira$uah itu R0smah ditahan berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan.

Kata SPRM mereka menahan isteri Naj1b Razak itu kira-kira lima minit selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses akhir siasatan projek tersebut pada jam 1.40 petang.

” SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh R0smah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok,” katanya.

Menurut SPRM R0smah sudah dibebaskan dengan jaminan petang ini.

Esok tokoh berprofil tinggi itu akan berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Mengikut peruntukan itu seseorang itu boleh dianggap bersalah jika menerima atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain.

Ini hukuman bakal diterima jika R0smah didapati bersalah
Jika didapati bersalah R0smah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 bergantung kepada mana yang lebih tinggi.

Untuk rekod sebelum ini pun R0smah sudah berdepan dengan 22 tuduhan di mahkamah, termasuk 17 membabitkan dakwaan pengubahan wang har4m.

Beliau didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Har4m, Pencegahan Pembiayaan Kegan4san dan Hasil Aktiviti Har4m 2001

Tuduhan lain yang dikenakan ke atas R0smah ialah meminta ra$uah sebanyak RM187.5 juta dan menerima ra$uah RM1.5 juta bagi projek bersepadu solar hibrid untuk sekolah di Sarawak.

Terdahulu R0smah tak hadir ke mahkamah dan tunjuk sijil cuti sakit
R0smah Mansor sebelum ini tidak hadir pada prosiding sebutan kesnya yang didakwa meminta dan menerima ra$uah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar, di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini kerana tidak sihat.

Pada mulanya kes itu bermula pukul 9 pagi di mana pasukan pembelaan dan pendakwaan dilihat memasuki ke kamar hakim.

Selepas prosiding dalam kamar hakim Collin Lawrence Sequerah, media dimaklumkan bahawa mahkamah mahu melihat ‘sijil tidak sihat untuk hadir ke mahkamah’ dan kes ditangguhkan selama tiga jam.

Pada pukul 12 tengahari mahkamah bersidang dan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili isteri bekas perdana menteri itu mengemukakan sijil cuti sakit dan sijil tidak sihat untuk hadir ke mahkamah kepada hakim berkenaan.

“ Dia tidak sihat untuk hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here