Ronaldo Akhirnya Mengaku Bersalah Mengenai Penipuan Cukai

0
213

 

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo mengaku bersalah terhadap kesalahan penipuan cukai sewaktu bersama Real Madrid.

Susulan pengakuan tersebut, mahkamah pada Selasa membenarkan penangguhan hukuman penjara dua tahun terhadap Ronaldo.

Di Sepanyol, pesalah buat pertama kali dibenarkan untuk menangguh hukuman sehingga dua tahun atau kurang daripada itu.

Penyerang Juventus itu turut dilaporkan menandatangani perjanjian pembayaran denda berjumlah USD21.6 juta (RM89.3 juta).

Pada 2017, Ronaldo dituduh melakukan kesalahan penipuan cukai melibatkan empat akaun berlainan antara tahun 2011 hingga 2014 dengan jumlah USD16.7 juta (RM69.1 juta).

Ronaldo dituduh menggunakan syarikat pengeluar minyak di luar Sepanyol untuk menyembunyikan pendapatan yang diterimanya.

Dalam perkembangan sama, bekas pemain Real Madrid, Xabi Alonso turut hadir di mahkamah sama.

Alonso turut dituduh atas kesalahan sama dan melakukannya dari tahun 2010 hingga 2012. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here