Ronaldo Anggap Dia Lebih Layak Menang Anugerah Puskas Berbanding Salah

0
2723

 

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yakin golnya lebih layak memenangi anugerah Puskas 2018 jika hendak dibandingkan dengan gol Mohamed Salah.

Untuk Anugerah Bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2018, 10 gol yang disenarai pendek untuk memenangi anugerah Puskas. Antara yang tersenarai adalah gol penyerang Real Madrid, Gareth Bale, yang melakukan sepakan gunting sensasi dalam final Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas rakan sepasukan Bale, Cristiano Ronaldo juga berada dalam senarai pendek yang turut menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ketika menentang Juventus dalam saingan UCL.

Namun, kedua-dua pemain Real Madrid itu terpaksa akur dengan rembatan lencong Salah dari tepi padang pada Disember tahun lalu ketika aksi tetangga Merseyside menentang Everton.

Saya Yang Terbaik

Banyak pihak yang mempersoalkan kenapa Salah yang memenangi anugerah tersebut kerana mereka merasakan gol Ronaldo ataupun Bale lebih layak diangkat sebagai pemenang.

Ronaldo sendiri mengatakan golnya adalah yang terbaik. Perkara itu dikatakan oleh Ronaldo menerusi Live Instagram bersama peminatnya.

“Tendangan akrobatik, gol saya adalah gol yang luar biasa. Ayuhlah teman, harus jujur.

“Jangan tipu diri anda sendiri. Tentu sahaja gol saya yang terbaik, hehehe..”

Tak Marah

Walau bagaimanapun, bintang Juventus yang baharu itu mengakui dia tidak begitu kecewa dengan kekalahan tersebut kerana tidak semua orang boleh menang.

“Tidak apa-apa, saya tidak marah, hidup seperti itu, kadang-kadang anda menang, kadang-kadang anda kalah,” katanya.

“Perkara paling penting ialah, saya mengekalkan tahap saya selama 15 tahun, jadi gembira,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here