Ronaldo Bergembira Dengan Gol Ke-400, Messi Berduka Patah Lengan

1
1922

 

Awal pagi tadi Cristiano Ronaldo telah berjaya mencatat gol ke-400 sepanjang kerjayanya dalam 5 liga utama Eropah, sekali gus telah menjadikanya pemain pertama berjaya mencecah angka itu.

Dalam aksi Seria A tersebut, Juventus sekadar seri 1-1 dengan Genoa yang mana gol itu berjaya diledak oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-18. Keputusan ini menyebabkan Juventus gagal meneruskan rekod cemerlang kelab di awal saingan musim ini dengan menang semua perlawanan.

Dalam aksi La Liga pula, sang kapten Barcelona, Lionel Messi telah mengalami kecederaan patah lengan kanan semasa aksi perlawanan pasukan itu menentang Sevilla.

Walau bagaimanapun gergasi Sepanyol itu tetap berjaya meraih kemenangan 4-2 dengan Messi melakukan assit untuk gol pembukaan pada minit ke-2 yang dijaringkan oleh Philippe Coutinho. Bintang Argentina turut meledak gol kedua untuk pasukan pada minit ke-12, dua gol lagi dijaringkan oleh Luis Suarez (minit ke-63) dan Ivan Rakitic (minit ke-88).

Disebabkan kecederaan ini, Lionel Messi bakal terlepas aksi selama 3 minggu dan sudah semestinya pada 28 Oktober ini Messi bakal tidak diturunkan untuk perlawanan ‘Clasico’ menentang seteru utama, Real Madrid.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here