Ronaldo Berjaya Pecahkan Rekod Puluhan Tahun Di Juventus

0
528

 

Cristiano Ronaldo terus membuktikan kekuatannya bersama Juventus apabila menyumbang satu gol ketika membantu pasukannya menang 3-0 keatas Fiorentina pada perlawanan ke-14 Serie A 2018/19.

Jaringan penalti pada lewat permainan itu menyaksikan dia membantu juara bertahan itu memburu satu lagi kejuaraan Scudetto musim ini.

Jaringan tersebut turut meletakkan bekas pemain Real Madrid itu sebagai pemain pertama menjaringkan 10 gol daripada 14 penampilan pertama Serie A sejak John Charles melakukannya pada 1957-58.

Bekas pemain Real Madrid itu cukup dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa memecahkan rekod ketika di Los Blancos. Bermula dari jumlah gol terbanyak, nisbah minit bermain dengan gol, jumlah kemenangan dan banyak lagi.

Ronaldo juga memiliki beberapa rekod individu dalam Liga Juara-Juara. Dia dianggap sebagai pemain paling unggul dalam Liga Juara-Juara dengan menjaringkan gol paling banyak dalam sejarah kejohanan tersebut, yang mungkin sukar dipecahkan oleh pemain lain dalam masa terdekat.

Sekarang, dengan Juventus, tidak mustahil Ronaldo akan membuat banyak rekod untuk Old Lady. Walaupun dia sudah menghampiri usia persaraan, Ronaldo tidak menunjuk sebarang petanda prestasinya yang semakin menurun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here