Ronaldo Bersalfie Dengan Peminat Yang Merusuh Masuk Padang

0
1440

 

Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford bersama Juventus untuk menentang Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara peringkat Kumpulan H, awal pagi tadi.

Ronaldo sekali lagi meraih kemenangan pada kunjungan kali kedua ke bekas kelabnya itu namun kali ini dia tidak menjaringkan gol dengan pasukannya menewaskan tuan rumah 1-0.

Tetapi bintang dari Portugal itu memainkan peranan penting untuk membantu jaringan Paulo Dybala pada minit ke-17 sekaligus membenarkan juara Itali itu berada di puncak Kumpulan H.

Ternyata penyokong United masih menyayangi Ronaldo apabila mereka bersama penyokong Juventus melaungkan nama pemain itu sepanjang perlawanan tersebut.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, insiden yang menarik tumpuan semua pihak berlaku apabila ada peminat menceroboh ke padang untuk cuba mendekati Ronaldo ketika pemain itu dalam perjalanan meninggalkan Old Trafford.

Insiden tersebut sedikit pun tidak mengganggu Ronaldo sebaliknya dia mengajak peminatnya itu untuk bersalfie sebelum lelaki tersebut diiring keluar padang oleh anggota keselamatan.

Terdapat seorang lagi peminat yang cuba berlaki ke arah Ronaldo, namun lelaki tersebut tidak bernasib baik apabila dia berjaya ditangkap oleh anggota keselamatan tetapi Ronaldo sempat bertegur sapa dengannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here