Ronaldo Buktikan Dia Masih “Berbisa”

0
575

 

Cristiano Ronaldo membuktikan bahawa dirinya tetap “berbisa” walaupun di mana sahaja dia bermain.

Bintang Juventus berusia 33 tahun itu telah mencatat rekod baharu sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Portugal dalam satu musim Serie A selepas menjaringkan gol pembukaan ketika bertemu Sampdoria.

Dalam perlawanan tersebut Juventus berjaya menumbangkan Sampdoria dengan keputusan 2-0.

Kedua-dua gol Juventus dijaringkan oleh Ronaldo pada minit ke-2 dan minit ke-65 menerusi sepakan penalti. Gol Sampdoria pula dijaringkan oleh Fabio Quagliarella pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti.

Ronaldo hanya mengambil masa lima bulan untuk mencipta nama di Juventus.

Gol minit ke-2 ketika menentang Sampordia merupakan gol ke-13 Ronaldo pada musim ini sekaligus mengatasi rekod yang telah dicipta oleh Rui Barrios di Juventus dengan 12 gol pada musim 1988/89.

Buat masa ini, Ronaldo juga merupakan penjaring terbanyak Serie A dengan 14 gol.

Walau bagaimanapun, bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu tetap belum berpuas hati dengan rekod gol tahunannya.

Buat pertama kali sejak 2010, Ronaldo gagal menjaringkan 50 gol dalam kalendar tahunannya.

Dia hanya berjaya meledak 49 gol pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here