Ronaldo diberi ‘Amaran’ Pulang Ke Portugal Untuk Elak Tuntutan Ekstradisi Daripada Amerika

0
2283

 

Seorang pakar perundangan mendakwa pihak di Amerika Syarikat (AS) boleh membuat tuntutan ekstradisi terhadap Cristiano Ronaldo di atas waran tangkap di Eropah.

Hanya satu cara dimiliki Ronaldo untuk menghindari daripada berdepan mahkamah AS berhubung dakwaan rogol adalah dengan kembali ke negara asalnya, Portugal.

Ini kerana waran tangkap tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri.

“Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal,” kata Profesor Emilio Cortes yang merupakan seorang peguam terkemuka di Sepanyol.

Cortes memberi ‘amaran’ itu seminggu selepas polis di Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga, 34, bahawa dia dirogol oleh Ronaldo pada Jun 2009.

Jika Ronaldo menerima nasihat peguam itu, ianya pasti akan memberi kesan kepadanya kerana penyerang berkenaan baharu sahaja menyertai kelab bola sepak Itali, Juventus menerusi kontrak selama empat tahun, sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, Ronaldo masih boleh meneruskan kerjayanya di Portugal.

Bintang bola sepak dunia berumuar 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa beliau sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here