Ronaldo Dinobatkan Pemain Terbaik 2018

0
209

 

Cristiano Ronaldo berjaya meraih Anugerah Pemain Terbaik 2018 pada Majlis Anugerah Globe Soccer di Dubai, semalam.

Bekas penyerang Real Madrid itu yang juga merupakan pemenang lima kali Ballon d’Or telah menghadiri majlis anugerah tersebut di Madinat Jumeirah bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan anak lelakinya, Cristiano Junior.

“Tiada cara lebih baik untuk memulakan tahun baharu. Terima kasih untuk penghargaan ini dan sambutan yang saya terima hari ini,” kata Ronaldo di laman Instagramnya.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menewaskan hero-hero Piala Dunia Perancis, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann untuk meraih sekali lagi anugerah berkenaan buat kali kelima.

Pada majlis tersebut, pelbagai kategori telah diberi penganugerahan dan pengiktirafan.

Pemenang anugerah untuk kategori Jurulatih Terbaik Tahunan telah dimenangi oleh Didier Deschamps. Manakala legenda Brazil, Ronaldo pula telah meraih Anugerah Karier Terbaik.

Pasukan Atletico Madrid telah diundi sebagai pasukan terbaik pada majlis anugerah tersebut.

Anugerah Bola Sepak Globe Soccer kini telah berusia 10 tahun untuk meraikan pencapaian pemain, pengurus, pengarah kelab dan ejen sepanjang 12 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here