Ronaldo Mahu Juventus Beli Salah..

0
592

 

Gosip superstar Liverpool, Mohamed Salah yang dikaitkan perpindahan ke Juventus kini bertiup kencang di media Eropah dan Arab.

Salah, penjaring terbanyak bersama Sergio Aguero dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini sudah meledak gol ke-64 untuk Liverpool, minggu lalu.

Jaringannya membolehkan Reds mengekalkan cabaran EPL dengan menewaskan Bournemouth di Anfield.

Ketajaman ikon Mesir itu sepanjang bersama kelab terbabit yang belum pun sampai dua tahun mengukuhkan statusnya antara penyerang handalan dalam liga Eropah membuatkan spekulasi itu hanya menunggu masa untuk berlaku.

Laporan Sky News Arab mendakwa penyerang Juve, Cristiano Ronaldo terbabit dalam rundingan berkenaan selepas memberi ‘lampu hijau’ kepada pegawai kelab memulakan proses untuk mendapatkan Salah menyertai kelab Turin itu.

Khabar itu diperkuatkan lagi dengan desas-desus akhbar mingguan Sepanyol, Don Balon melaporkan ruang akan diberikan di kelab itu sekiranya Juve tidak lagi mendapat khidmat Paulo Dybala.

Reputasi bintang Argentina itu agak pudar sejak ketibaan Ronaldo ke Turin.

Berdasarkan kemungkinan ‘ancaman’ Dybala meninggalkan kelab itu, Don Balon mendakwa Ronaldo ‘memberi persetujuan’ untuk menggantikan Dybala yang banyak bergerak bebas tetapi mengalami penurunan jaringan gol.

Urusan nilai harga perpindahan untuk Salah dianggarkan hampir £175 juta (RM916j).

Ketika penyokong Reds bimbang Salah ‘angkat kaki’ sepertimana dilakukan wira Kop, Luis Suarez pada 2014, Don Balon turut mendakwa Juve juga cuba mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Marco Asensio.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here