Ronaldo Semakin Menjadi Di Juventus, Pecah Rekod Penjaring Terpantas Kelab

0
391

 

Cristiano Ronaldo terus memecah rekod selepas menjaringkan gol dalam perlawanan kemenangan 2-0 Juventus ke atas Spal.

Gol itu telah menjadikan Ronaldo pemain terpantas dalam sejarah Juventus untuk menjaringkan 10 gol dalam hanya 16 perlawanan di semua pertandingan.

Ronaldo juga mencapai satu lagi kejayaan, iaitu menjadi pemain Juventus pertama dalam 50 tahun untuk menjaringkan sembilan gol Serie A dalam 13 penampilan pertamanya.

Pemain Portugal itu telah kembali menemui sentuhan golnya selepas permulaan yang perlahan untuk musim ini.

Ronaldo telah membawa Juventus kepada permulaan kempen domestik tanpa kalah setakat ini.

Setelah meninggalkan Real Madrid pada musim panas, bekas bintang Manchester United itu dijangka mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sifat fizikal Serie A.

Ramalan itu menjadi kenyataan ketika dia gagal mencari jaring dalam tiga permainan pertamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here