Ronaldo Tayang Jam Mewah Berharga RM9.98 Juta

1
6069

 

Pada sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara antara Juventus dan Manchester United, semua mata tertumpu ke arah Cristiano Ronaldo yang dilihat memakai jam tangan mewah dihiasi dengan 424 butir berlian putih.

Jam tangan tersebut dipercayai bernilai 1.85 juta pound (RM9.98 juta).

Ronaldo merupakan duta untuk Jacob&Co sejak 2013 lagi ketika bersama Real Madrid dan kini bekas pemain United itu dilihat mempamerkan koleksi rekaan termahal itu.

Ketika sidang media itu juga, Ronaldo turut mengulas mengenai tudahan merogol Kathryn Mayorga di Vegas pada tahun 2009.

Bintang bola sepak dari Portugal itu menegaskan apa yang berlaku adalah dengan persetujuan kedua-dua pihak.

“Saya sedar saya adalah contoh (role model).

“Saya tahu 100 peratus, di atas padang dan di luar padang. Jadi saya sentiasa akan senyum.

“Saya lelaki yang bahagia, bersyukur dapat bermain dengan kelab yang menakjubkan, mempunyai sebuah keluarga hebat, saya mempunyai empat orang anak. Saya sihat. Saya ada segalanya.

“Jadi perkara lain, ia tidak mengganggu saya,” katanya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here