Rooney: Pekerja Dapur Pun Tak Sukakan Mourinho!

0
519

Awal minggu lalu, United mengambil keputusan drastik dengan memecat Mourinho berikutan permulaan yang buruk kelab berkenaan pada musim ini.

Ketika ini, United sekadar menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

Rooney percaya Ole Gunnar Solskjaer adalah individu tepat yang mampu mengubah suasana ‘toksid’ di Old Trafford ketika ini.

“Bukan hanya pemain, tetapi semua orang di kelab (tidak suka Mourinho).

“Saya pasti Ed Woodward pun sama. Kakitangan lain termasuk staf dapur dan pekerja peralatan sukan tidak seronok di sana.

“Ole adalah orang yang tepat untuk membantu pasukan dan saya tahu mereka gembira,” kata Rooney kepasa BT Sport.

Tempat Mourinho digantikan dengan Solskjaer secara interim dengan bertanggungjawab memberi nafas baharu buat United.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here