Safee Mahu Berkelana Di Indonesia

0
1096

 

Bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali, bakal kembali berkelana ke Indonesia selepas sebuah kelab di negara itu sudah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

Sebelum ini, Safee pernah mencipta nama bersama dua pasukan berbeza di Indonesia, iaitu Pelita Jaya pada 2011 dan Arema FC pada tahun berikutnya.

Safee Sali Bersama Pelita Jaya

Jadi tidak mustahil untuk Safee kembali ke sana setelah mendapat tawaran daripada salah satu bekas pasukannya itu.

“Saya sekarang bebas mencari pasukan baru dan ingin bermain. Saya masih lagi memiliki keinginan untuk bermain sekurang-kurangnya dua tahun lagi,” kata Safee.

Terdahulu Safee sendiri mengumumkan tidak lagi menyarung jersi PKNS FC selepas dua musim bersama pasukan itu.

Walaupun sudah di penghujung karier, penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu masih mampu memberikan sumbangan besar berdasarkan pengalamannya.

“Memang pasukan tempatan masih belum berbincang mengenai karier saya dengan perkembangan kelab serta persatuan menghadapi masalah daripada segi kewangan mengakibatkan aktiviti perpindahan agak perlahan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here