Salah Akhiri Kemarau Gol, Ledak Gol Tunggal Kemenangan Liverpool

0
653

 

Mohamed Salah mempamerkan aksi luar biasa pada musim pertamanya bersama Liverpool apabila meledak 44 gol dalam kesemua perlawanan tetapi penyerang daripada Mesir itu bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu.

Namun, Salah menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya menamatkan kemarau gol dengan meledak gol pada minit ke-24 bagi membolehkan Liverpool menang 1-0 di Stadium John Smith.

Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool kembali mengejar Manchester City yang menduduki tangga teratas.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi 23 mata, namun perbezaan jaringan yang besar membolehkan City menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Diminta mengulas mengenai prestasi tidak konsistennya, Salah menjawab,”Perkara paling penting adalah membantu pasukan memperoleh keputusan dan kini kami sudah kembali ke landasan terbaik.”

“Ia tidak membimbangkan saya, perkara paling penting adalah pasukan, selagi saya membantu pasukan mendapat keputusan baik, saya tidak bimbang.

“Kami ada empat atau lima pemain yang bermain dalam pasukan untuk pertama kali. Kesemua kami berada pada tahap yang sama, jadi kami perlu bersaing.

“Ia perlawanan yang sukar tetapi akhirnya kami memperoleh tiga mata, itu paling penting,” kata Salah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here