Salah Pemain Terpantas Ledak Gol Ke-50 Dalam Sejarah Liverpool

1
850

 

Mohamed Salah merakam rekod baharu apabila dia menjadi pemain terpantas Liverpool meledak gol ke-50 ketika pasukan itu mecatat kemenangan 4-0 ke atas Red Star Belgrade.

Dalam aksi di Anfield itu, Salah menjaringkan dua gol yang sekaligus dia kini merekodkan enam gol daripada 13 perlawanan musim ini serta 50 gol untuk kelab keseluruhannya.

Penyerang dari Mesir itu nampaknya sudah menemui kembali sentuhan pemusnahnya tahun lalu apabila dia menjaringkan 50 gol dalam 65 perlawanan, lebih pantas berbanding mana-mana pemain dalam sejarah Liverpool.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh, Albert Stubbins yang mencipta 50 jaringan dalam 77 perlawanan pada tahun 1940-an.

“Ia rekod yang hebat dan saya amat berbangga dengannya. Saya hanya mahu terus menjaringkan gol dan membantu pasukan untuk menang.

“Corak permainan dan sistem amat berbeza tetapi kami tahu kualiti sendiri dan setiap orang sangat gembira,” jelasnya yang merujuk kepada gandingan Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Sebelum ini Salah berdepan kritikan ekoran prestasinya agak perlahan berbanding musim lalu yang meledak 44 gol keseluruhannya.

“Sangat bagus kerana mungkin kami dapat menghentikan perbualan itu dan ia sedikit membantu.

“Saya tidak ragu-ragu dia juga tidak ragu-ragu, tetapi jika anda terus bercakap ia seperti ada kesalahan,” jelas pengurus Jurgen Klopp.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here