Sarri Minta Penyokong Chelsea Menghormati Mourinho

0
566

 

Jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri meminta penyokong The Blues untuk lebih menghormati Jose Mourinho yang merupakan bekas jurulatih mereka. Dia percaya Mourinho adalah salah seorang yang penting dalam sejarah Chelsea.

Sabtu lalu, Mourinho yang kini jurulatih Manchester United bertandang ke Stamford Bridge untuk menentang bekas kelabnya. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-2, namun insiden selepas tamatnya perlawanan menjadi tumpuan.

Mourinho dilihat mengamuk dan berang dengan salah seorang pembantu jurulatih Sarri yang dikatakan telah melakukan provokasi.

Pihak Chelsea dan Sarri telah membuat permohonan maaf kepada Mourinho selepas perlawanan.

Hormati Mourinho

Mourinho telah memberikan kejayaan buat Chelsea dengan tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Rekod inilah yang membuatkan Sarri percaya Mourinho harus lebih dihormati.

“Ya. Mourinho sudah menjadi juara di sini [Chelsea] dan saya fikir kami harus menghargai dia dan menghargai siapa pun yang sudah meraih trofi untuk kelab,” kata Sarri kepada Sky Sports.

Tidak hanya kejuaraan EPL, Mourinho turut berjaya membimbing Chelsea sehingga menjuarai Piala FA, Piala Liga dan Community Shield.

Salah Kami

Tidak cukup sekadar itu, Sarri mengakui pihaknya bersalah dalam insiden di bangku simpanan setelah perlawanan tamat. Dia juga mengatakan telah meminta maaf kepada Mourinho dan berharap perkara itu sudah selesai.

“Selepas perlawanan saya bercaka dengan Jose (Mourinho) dan faham kami salah. Saya terus bercakap dengan anggota staff saya dan saya mengatakan kepadanya untuk bercakap dengan Mourinho untuk meminta maaf.

“Kami membuat kesalahan, kami salah dalam sitausi ini. Saya ingin bercakap dengannya lagi agar dia memahami kesalahan yang kami lakukan,” ujar Sarri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here