Sathianathan Tinggalkan Felda United Ekoran Pasukan Kekurangan Dana

0
2362

 

B. Sathianathan mengambil keputusan mengundur diri daripada terus membimbing pasukan Felda United untuk saingan musim depan. Langkah drastik itu diambil ekoran pasukan tersebut menghadapi masalah kekurangan dana untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2019.

Sathianathan sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk beberapa pemain berkualiti untuk menyertai skuad The Fighters. Tetapi beliau terpaksa melupakan hasratnya itu selepas mengambil pendirian meninggalkan pasukan itu.

Dalam perkembangan sama, Sathianathan turut mendedahkan gajinya akan dipotong sebanyak 60 peratus sekiranya terus kekal membimbing pasukan itu.

“Pihak pengurusan memberitahu bahawa saya akan kehilangan gaji sebanyak 60 peratus sekiranya masih berminat untuk kekal bersama The Fighters.

“Sebagai seorang jurulatih profesional, saya rasa mengundur diri adalah langkah terbaik kerana ia tidak setimpal dengan usaha saya,” katanya kepada Utusan Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here