Saya Sudah Menang 5 Kali UCL

0
370

 

Cristiano Ronaldo memberikan reaksi terhadap kekalahan Juventus kepada Atletico Madrid dengan mengingatkan semua pihak bahawa dia telah memenangi lima kejuaran Liga Juara-Juara Eropah manakala pasukan Sepanyol itu tidak pernah memenangi apa-apa.

Bekas penyerang Real Madrid itu berdepan pengalaman pahit ketika kembali ke ibu kota Sepanyol berkenaan selepas skuad kendalian Diego Simeone, Atletico, meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16, awal pagi tadi.

Ada satu ketika, Ronaldo memberikan reaksi balas selepas dikasari lawan dalam aksi di Wanda Metropolitano itu dengan mengangkat lima jari ke udara bagi memperingatkan penyokong Atletico tentang lima kejuaraan Liga Juara-Juara yang telah dimenanginya — empat dengan Real Madrid dan satu dengan Manchester United.

Dan Ronaldo mengulangi perkara itu ketika dia meluru masuk ke zon campuran selepas tamat perlawanan.

“Saya sudah memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan mereka tiada apa,” katanya kepada wartawan sambil menunjukkan angka lima.

stadium astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here