Scholes Meragui Kemampuan Zidane Untuk Mengendali United

0
395

 

Bekas pemain tengah terbaik dan legend Manchester United, Paul Scholes, 44, mengakui agak meragui kemampuan Zinedine Zidane untuk menjadi jurulatih skuad The Red Devils.

Menurut Ginger Prince (gelaran Scholes), Zidane memperoleh kejayaan bersama Real Madrid kerana Los Blancos mempunyai pemain-pemain yang hebat dan memiliki mentaliti juara.

Scholes berpendapat, mentaliti juara tidak dimiliki oleh skuad United ketika ini. Kerana itu, Zizou (gelaran Zidane) memerlukan usaha yang lebih keras membina kembali United untuk memperolehi kejayaan.

Akhir-akhir ini, Zidane telah dikaitkan bakal mengganti Jose Mourinho dalam melatih skuad United.

Kejayaan Zidane bersama Real dikatakan menjadi alasan pihak pengurusan tertinggi United untuk membawa jurulatih 46 tahun itu. Selama dua tahun setengah bersama Real, Zidane memperoleh kejayaan yang cukup menakjubkan di Real.

Sepanjang bersama Real, Zidane telah memperolehi sembilan trofi kejuaraan termasuk merangkul Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali berturut-turut.

Malangnya, menurut agen Zidane, Alain Migliaccio, agak sukar untuk melihat kliennya itu melanjutkan kerjaya sebagai jurulatih bersama kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Migliaccio menjangkakan Zidane lebih memilih untuk bersama Juventus berbanding United. Oleh itu, kekhawatiran Scholes terhadap Zidane sebagai pelatih United seakan tidak terjadi.

“Adakah Zidane merupakan orang yang tepat untuk membimbing United? Dia pergi ke Real dengan sederet pemain yang sudah bersedia memenangi segalanya. Ini (membimbing United) merupakan situasi yang berbeza. Zidane harus membangun ulang kepercayaan diri pemain Man United,” kata Scholes berdasarkan laporan dari The Sun, Jumaat 7/12/18.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here