Scholes: Messi Turut ‘Hancur’ Jika Beraksi Bersama United

0
875

 

Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes menegaskan Lionel Messi turut bergelut jika menyertai pasukan itu.

Oleh itu, dia menyarankan pengurusan tertinggi United perlu merekrut pemain-pemain berkualiti seperti Eden Hazard atau Kevin De Bruyne untuk menjadikan pasukan itu sebagai pesaing utama Liga Perdana Inggeris (EPL).

United melakukan permulaan musim yang palik teruk dalam saingan EPL, dengan skuad yang dibimbing Jose Mourinho itu sekadar mengutip 10 mata dalam 7 perlawanan setakat ini.

Scholes menyebut beberapa nama pemain sebagai petanda aras seperti gandingan Manchester City (Silva dan De Bruyne), di samping pemain Chelsea, Hazard yang kini mendahului carta penjaring terbanyak EPL.

“Saya melihat kepada skuad United dan berasakan tidak banyak kualiti yang mereka miliki.

“Mereka masih lagi memerlukan pemain berkelas dunia.

“De Bruyne, Hazard atau David Silva, pemain yang menggabungkan bahagian tengah dan serangan.

“Bagaimanapun, saya berasakan mana-mana pemain akan bergelut menyertai United. Saya berasakan kami mampu menandatangani Messi ketika ini dan akan bergelut dalam pasukan,” kata Scholes.

Pada Januari lalu, United membuat keputusan menandatangani Alexis Sanchez bagi memperkuatkan kesebelasan utama.

Tetapi Scholes mengatakan dia tidak yakin penyerang Chile itu mampu mengisi kekosongan yang ada pada skuad United.

“Saya mengetahui kualiti yang dimiliki Sanchez. Tetapi saya tidak nampak dirinya sebagai salah seorang pemain United.

“Dia mementingkan diri sendiri, seseorang yag bermain bukan untuk pasukan.

“Saya tidak berasakan dia pemain yang diperlukan United, terutama sekali dengan wang yang telah dilaburkan.

“Membawa masuk Sanchez berlaku seperti mahu menghalang City daripada mendapatkan khidmatnya.”

United akan berkunjung ke Stamford Bridge, Sabtu ini, sebelum menerima kehadiran Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here