Scholes: Mourinho Memalukan United!

0
1075

 

Legenda Manchester United, Paul Scholes dengan lantang mengatakan Mourinho telah memalukan kelab tersebut.

Tuduhan itu dibuat selepas Mourinho yang membimbing United telah melakukan permulaan musim yang hambar sejak 1990.

Pengendali dari Portugal itu kini berdepan tekanan di Old Trafford apabila dia dialporkan sedang bertikam lidah dengan Paul Pogba.

Terbaharu timbul pula khabar angin mengatakan bahawa bilik persalian Red Devils terbahagi kepada dua kem.

Scholes percaya Mourinho layak dipecat kerana telah mencemarkan imej United dengan beberapa tindakannya baru-baru ini.

“Saya duduk di sini terkejut dan dia (Mourinho) masih lagi bersama pasukan.

“Dia datang ke sidang media, mengecam pemain, pihak atasan. Saya fikir mulutnya sudah tidak dapat dikawal dan dia telah memalukan kelab,” kata Scholes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here