Sebelum Masuk Stadium, Ultras Malaya Mengegarkan Bandar Hanoi

0
72

 

Penyokong bola sepak negara sudah pasti cukup kenal dengan satu kumpulan penyokong yang mengelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya.

Kumpulan ini sentiasa ada di stadium setiap kali skaud Harimau Malaya beraksi.

Sebelum ini nyanyian mereka telah menenggelamkan suara puluhan ribu penyokong Thailand di Bangkok dalam aksi separuh akhir kedua.

Kali ini mereka hadir ke bandar Hanoi Vietnam untuk memberi sokongan buat pasukan negara yang akan turun beraksi dalam final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh, malam ini.

Sebelum masuk ke dalam stadium, mereka terlebih dahulu mengegarkan bandar Hanoi dengan nyanyian lagu Ekor Harimau Malaya.

Ternyata semangat mereka dalam memberikan sokongan buat pasukan negara tidak dapat disangkal lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here