Selamat Datang Ke ACL Perak!

0
632

 

Juara Piala Malaysia, Perak sah akan menggantikan Pahang sebagai wakil Malaysia beraksi di peringkat play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sekaligus menjadi berita gembira buat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang sebelum ini tertunggu-tunggu mengenai permohonan mereka untuk beraksi di kejohanan tertinggi peringkat Asia itu.

Jelas Setiausha Agung FAM, Stuart Ramalingam, Perak dipilih sebagai penganti Pahang selepas semua permohonan pasukan tersebut termasuk usaha mendapatkan lesen daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah diluluskan.

“AFC meminta kami mencadangkan dua pasukan mengikut kelayakan mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) bagi menyertai ACL 2019.

“FAM mendapat dua slot untuk kejohanan itu iaitu slot automatik dan satu slot play-off. Bagi slot automatik kita hantar permohonan JDT (Johor Darul Ta’zim) dan slot play-off pula kita hantar borang pasukan Perak.

“Setakat ini dua pasukan pasukan itu sah sudah didaftarkan untuk beraksi di ACL tahun depan dan Perak pun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.

Pahang selaku juara Piala FA musim lalu sepatutnya mendapat slot ke ACL , namun gara-gara menolak tawaran menyertai Piala AFC 2018, skuad Tok Gajah berdepan penggantungan dua tahun untuk memohon lesan kelab AFC.

Malah, Pahang juga tidak mengemukakan rayuan kepada FAM sekali gus slot itu menjadi milik Perak selaku naib juara Liga Super.

Mengulas lanjut, Stuart percaya JDT dan Perak mampu memberikan saingan yang baik biarpun terpaksa bersaing dengan kelab terbaik Asia yang lain.

“Impian kita untuk melihat JDT yang sudah berada di peringkat kumpulan akan mempamerkan persembahan mengikut perancangan dengan keutamaan yang diletakkan mereka untuk ACL.

“Saya harap JDT boleh pergi sejauh mana yang mereka mampu dalam kejohanan. Bagi Perak, ini pengalaman berharga buat mereka dan saya harap mereka juga akan mara hingga ke peringkat kumpulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here