Selangor Tidak terdesak Labur RM1 juta Untuk Syazwan Andik

0
216

 

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menegaskan pihaknya tidak terdesak sehingga sanggup membelanjakan RM1 Juta lebih semata-mata untuk mendapatkan khidmat Syazwan Andik Ishak dari Kuala Lumpur.

Naib Presidennya, Datuk Abdul Rauf Ahmad mengatakan pihaknya tidak akan terburu-buru berbelanja dengan jumlah tersebut memandangkan pemain yang ada dalam pasukan Selangor sekarang sudah cukup memuaskan.

Katanya lagi, skuad Selangor memiliki ramai pemain-pemain muda yang berbakat dan bagus, ditambah dengan kehadiran ramai tonggak senior.

Jadi Abdul Rauf merasakan FAS belum sampai tahap ‘desperate’ untuk membelanjakan RM1 Juta demi seorang pemain.

Abdul Rauf turut menafikan khabar angin yang tular di media sosial kononnya beliau dan penolong pengurus Selangor, Nazzab Hidzan cuba mempengaruhi Syazwan menggunakan ‘pintu belakang’ untuk keluar dari Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here