Selepas Balotelli ‘Troll’ MU, Sadio Mane Juga Ambil Langkah Sama

0
999

 

Sebelum ini dilaporkan Mario Balotelli yang mengejek Manchester United yang tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Selepas itu, dilaporkan bintang Senegal, Sadio Mane juga turut mengejek skuad Red Devils kerana tewas di halaman sendiri.

Menentang PSG di Old Trafford pada pusingan pertama peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara 2018/19, pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tumpas 0-2 kepada PSG.

Sebelum ini, Balotelli yang merupakan bekas penyerang Manchester City telah mengejek United menerusi laman Twitter peribadinya. Penyerang dari Itali itu telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia gembira kerana United kalah. Sayangnya, selepas beberapa ketika video tersebut telah dipadam.

Terbaru, Mane telah membuat status di laman Instagramnya yang menunjukkan dia sedang menonton perlawanan United vs PSG di televisyen dan foto-foto ketawa di sesi latihan Liverpool.

“Hummm,” tulis Mane dalam video yang dimuat naiknya di Instagram.

Kekalahan yang dialami United telah memecahkan rekod tanpa tewas mereka dalam 10 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Bukan itu sahaja, rekod United ketika berhadapan dengan lawan dari pasukan Perancis di Old Trafford juga telah dipecahkan, kerana sebelum ini tidak ada satu pun pasukan dari Perancis yang mampu mengalahkan The Red Devil di laman sendiri.

Pada perlawanan seterusnya, United akan kembali berhadapan dengan PSG pada pusingan kedua peringkat terakhir 16 Liga Juara-Juara 2018/19. United sekali lagi akan mendapat ujian sukar apabila mereka akan bertandang ke laman PSG, Stadium Parc des Princes pada 7 Mac 2019 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here