Siapa 5 Pemain Pilihan Ronaldo Untuk Menang Ballon d’Or?

0
719

 

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah muncul salah seorang pemain pilihan Cristino Ronaldo untuk memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Ronaldo yang merupakan pemenang 5 kali trofi Ballon d’Or berdepan saingan sengit untuk merangkul anugerah tersebut buat kali keenam dalam kariernya.

Penyerang Juventus itu yang memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid tahun ini turut percaya Lionel Messi juga akan bergelut untuk tersenarai antara tiga pemain teratas.

Ronaldo merasakan trio Perancis, Antoine Griezmann, Raphael Varane dan Kylia Mbappe memiliki potensi untuk merangkul anugerah tersebut buat pertama kalinya.

“Sudah tentu saya mahu menang, trofi keenam Ballon d’Or. Ia satu pembohongan jika memberitahu anda sebaliknya,” kata Ronaldo kepada France Football.

Ketika ditanya pencabar utamanya, Ronaldo berkata:”Sama seperti kebiasaannya, walaupun saya tidak tahu jika Messi akan naik podium pada kali ini.”

“Jadi, mari katakan Salah, Modric, Griezmann, Varane, Mbappe – trio Perancis secara umumnya kerana mereka adalah juara dunia.

“Namun saya perlu tunggu dan lihat jika semua pemain ini masih berada di puncak dalam tempoh 10 tahun, seperti Messi dan saya lakukan.

“Masih di sana, di podium, sejak lebih 10 tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here