“Siapakah Nona Baker”- Jelmaan Misteri Beliau Muncul Di Sungai Lembing

0
113

Nama perawan Inggeris itu memang popular sewaktu tinggal di Sungai Lembing dan boleh berbahasa Melayu dengan penduduk tempatan. Sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941.

Perawan Inggeris ini berhijrah ke Pahang semata-mata mahu menemani abangnya, V.B.C Baker yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar lombong bijih timah di Sungai Lembing.

Namun, tanpa disangka perawan Inggeris ini menempuh pengalaman pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya apabila dia dan abangnya terpaksa melarikan diri ke dalam hutan untuk mencari perlindungan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Semasa melarikan diri ke hutan, ditakdirkan abangnya menemui aj4l akibat serangan wabak penyakit dan tinggallah Nona Baker sendirian. Khabarnya Nona Baker tiada pilihan dan bergabung pula dengan pihak tentera anti Jepun di hutan.

Selepas Jepun menyerah kalah, Nona Baker dipercayai terus bersama kumpulan gerila di hutan. Sejak itulah, terdengar khabar tentang perawan Inggeris itu memperjuangkan ideologi songsangnya di samping bertanggungjawab menulis risalah subversif.

Riwayat hidup Nona Baker dibukukan bertajuk ‘Pai Naa: The Story Of Nona Baker’ hasil penulisan Dorothy Thatcher dan Robert Cross. Antara episod yang diceritakan memoir itu bagaimana abang Nona Baker iaitu General Manager PCCL, V.B.C Baker mematikan lima unit pam yang mengeluarkan air dari lombong bawah tanah yang selama ini berfungsi tanpa gagal.

Memoir itu membongkar rahsia bagaimana abangnya telah menenggelamkan lombong di Sungai Lembing ketika tentera Jepun menduduki Tanah Melayu. Lombong bawah tanah itu diletupkan satu demi satu bagi menghalang dibangunkan semula tentera Jepun selepas Tanah Melayu ditakluki pada 1941.

Tujuan utama V.B.C Baker bertindak begitu bagi mengelakkan Jepun mengambil alih serta mendapat hasil lumayan hasil lombong yang telah diusahakan oleh British dan pekerja-pekerja tempatan ketika itu.

Ketika itu pengurus besar lombong itu diberikan sebuah banglo yang diberi nama ‘The European Bungalow 1’ atau singkatannya EB1. Di sinilah juga Nona Baker dan abangnya menghabiskan masa.

sewaktu malam tiba dan cuti umum berseronok bersama rakan-rakannya di rumah kelab yang hanya dikhaskan untuk warga Eropah. Mereka minum ar4k, bersuka ria dan menyanyi bagi menghiburkan hati selepas penat bekerja.

Lombong bawah tanah Sungai Lembing
Pekerja tempatan yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina tinggal di beberapa buah rumah bersambung yang dibina di sepanjang Sungai Kenau. Kawasan ini digelar ‘Banglo Orang Asia’ yang terpisah dari kawasan kediaman orang Eropah.

Pada zaman kegemilangannya, Sungai Lembing tidak pernah sunyi dari segala hiruk pikuk manusia dari Eropah dan 2,500 para pekerja dari Asia termasuk kaum Melayu dan Cina.

Ketika itu Pak Itam atau nama sebenarnya Muhamad Sharif Muhammad dan para pekerja lombong berpeluang membeli belah barangan berjenama yang diimport di gudang premis syarikat itu seperti kemeja Arrow, Burdle dan kasut pula jenama Clarks dan John White yang bebas cukai, jauh lebih murah berbanding dari Kuantan atau Kuala Lumpur.

Banyak kedai menjual pelbagai barangan keperluan harian dibuka untuk menjual barangan import termasuk rokok, arak dan buah-buahan tanpa dikenakan cukai. Nona Baker dan abangnya telah memperkenalkan suatu gaya hidup masyarakat Inggeris yang ekslusif.

Rumah kelab adalah tempat untuk mereka bersosial dan keahlian terbuka kepada komuniti Eropah sahaja. Rumah kelab juga merupakan sumber maklumat terkini Nona Baker mengetahui hal ehwal Eropah kerana di sini terdapat majalah dan surat khabar seperti London Illustrated, Time dan Life.

Setiap kali tiba hari Krismas, Nona Baker dan dan abangnya turut mengadakan sambutan besar-besaran dan meriah di Rumah Kelab Sungai Lembing. Mereka berdua menjemput kenalan pelbagai kaum untuk menghadiri perayaan itu.

Sebagai memenuhi masa lapang, Nona Baker dan komuniti di Sungai Lembing turut berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood di sebuah panggung wayang yang dibina di situ sebagai hiburan.

Ketika itu hidupan sosial di sungai lembing begitu bebas. Percampuran antara lelaki dan perempuan dianggap perkara biasa hasil gaya hidup yang dibawa oleh warga Eropah.

Malah nama PCCL itu sendiri menjadi gurauan dikalangan bekas pekerja tempatan seperti Pak Itam sehingga sekarang yang menyarankan pelbagai makna antaranya ‘Putus Cinta Cari Lain’.

Tang! x3 Dentingan aneh loceng Lombong
Suatu malam Pak Itam bertugas sebagai pemandu Q. Tugas Pilot Q bukan mudah. Pak Itam ditugaskan menurunkan pekerja-pekerja lombong menggunakan lif yang disediakan mengikut arahan tekong.

Setiap kumpulan biasanya terdapat 50 orang pekerja. Setiap pekerja perlu menekan loceng mengikut destinasi yang hendak dituju mengikut kedalaman lombong yang hendak dimasuki.

Biasanya dalam setiap kumpulan itu salah seorang akan ditugaskan menarik loceng. Jika pekerja hendak turun ke dalam lombong sedalam 1,000 kaki isyarat pertama perlu mereka lakukan ialah membunyikan tiga kali ‘dentingan’ loceng dan diikuti dengan 10 kali ‘denting’. Satu ‘denting’ bermakna seratus kaki.

Tang! 3x Sesudah tiga kali dentingan loceng lif itu dibunyikan barulah Pak Itam faham ada pekerja yang perlu dihantar ke destinasi yang dituju. Suatu malam, Pak Itam diarah bertugas lagi sebagai pemandu Q.

Sebaik masuk bertugas malam berkenaan, dia terdengar bunyi dentingan sebanyak tiga kali. Tang! Tang! Tang! Bunyi itu bergema-gema. Pak Itam mendiamkan diri. Pak Itam amat arif dengan setiap bunyi dentingan.

Jika berbunyi tiga kali ‘denting’ sekali gus itu petanda ada penghuni sedang berada di dalam lif tersebut. Tetapi jika bunyi dentingan melebihi tiga kali itu hanya mainan semata-mata dan Pak Itam tidak perlu ambil berat.

Lif tidak boleh bergerak selagi bunyi dentingan itu belum dilengkapkan sepenuhnya mengikut kedalaman lombong yang hendak dituju seseorang. Tang! 6x Bunyi dentingan bertalu tanpa memenuhi syarat ditetapkan.

Kenapa dentingannya terhenti setakat enam kali. Kenapa tiada dentingan seterusnya? 10 atau 8. Kenapa Senyap Siapakah gerangan yang membunyikan loceng itu tanpa mencukupkan bilangannya? “Esoknya Pak Itam bertanya rakan-rakanny.

Ada tak sesiapa yang turun semalam?” Jawapannya memang tiada! Aneh. Jadi siapakah yang membunyikan loceng lif itu bertalu-talu pada malam tadi? Sudah berpuluh tahun Pak Itam bertugas di Lombong Sungai Lembing.

Sejak itulah beliau sudah lali dengan ‘permainan’ bunyi dentingan yang sengaja dibunyikan bagi menakutkan penjaga loceng malam seperti Pak Itam tetapi Pak Itam tak pernah takut dan tahu ‘makhluk’ itu sengaja mahu mempermainkannya.

Pernah suatu malam ketika Pak Itam sedang bertugas, tiba-tiba dia ternampak sebiji bebola api sebesar tong dram jatuh tak jauh dari tempatnya berdiri. Peliknya sewaktu dia mengamati tempat objek itu jatuh, tiada apa-apa yang terbakar.

Keanehan itu belum berakhir. Ketika dia sedang bertugas pada pukul 10 malam di dalam lombong Pak Itam pernah bertembung dengan seorang budak kecil berusia kira-kira dua tahun melintas di hadapannya.

Lembaga berbentuk kanak-kanak itu muncul selama 10 minit sebelum menghilangkan diri. Sebenarnya bukan Pak Itam seorang yang pernah bertembung dengan kanak-kanak itu malah sudah ramai yang mengadu bertemu lembaga aneh berkenaan.

Siapakah kanak-kanak berkenaan? Adakah budak itu ada kaitan dengan Nona Baker? Cerita-cerita keanehan tentang keanehan Nona Baker, dentingan loceng lif, bebola api, jelmaan kanak-kanak serta bunyi aneh deringan telefon antik, mesin taip berbunyi sendiri masih belum terjawab.

Segala-galanya tinggal misteri seiring dengan penutupan lombong Sungai Lembing yang pernah mendapat jolokan El-Dorado Timur itu.

Sungai Lembing pernah digelar El-Dorado Timur.
Banyak menyimpan sejarah yang tak ternilai. Nota: Bermula sebagai sebuah bandar perlombongan yang makmur pada penghujung abad ke-19 hingga pertengahan 1980-an,

Sungai Lembing terbiar sepi selepas operasi dihentikan lantaran harga bijih timah jatuh merudum sehingga tidak lagi menguntungkan para pelabur. Penutupan lombong bersejarah pada 1986, meninggalkan kesan mendalam ke atas penduduknya.

Keputusan itu menyebabkan ribuan pekerja sama ada penduduk tempatan atau luar terpaksa meninggalkan Sungai Lembing untuk mencari pekerjaan baru di tempat lain. Rumah-rumah banglo Eropah dan Asia ditinggalkn sepi.

Rumah kedai pula dijual kepada penduduk tempatan manakala panggung wayang telah ditukar menjadi dewan orang ramai.

Sejak itulah bandar ini digelar ‘ghost town’ yang menyeramkan sesiapa saja. Lombong bersejarah di pinggir Sungai Kenau dikelilingi Gunung Tapis itu hanya tinggal kenangan belaka.

Tanda-tanda Sungai Lembing kembali bernafas kembali bermula pada Jun 2001 apabila Muzium Sungai Lembing dibuka kepada umum setelah Jabatan Muzium dan Antikuiti membaik pulih rumah banglo pengurus besar lombong yang usang menghadap ke arah Sungai Kenau itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here