Sokratis : Salah Kaki Diving!

0
1093

 

Kemenangan besar Liverpool ke atas Arsenal Sabtu lalu di Stadium Anfield telah dicemari oleh satu insiden yang berlaku di luar padang.

Beberapa pemain Liverpool dan Arsenal dilihat sedang bergaduh semasa menuju ke ruang bilik persalinan.

Kekecohan mula berlaku apabila pertahanan Arsenal, Sokratis Papastathopoulus yang mendekati pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah mula berteriak memanggil Salah sebagai “kaki diving”.

Sokratis tidak berpuas hati Liverpool mendapat sepakan penalti

Tindakan Sokratis itu telah mencetuskan rasa marah pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Lalu Van Dijk dan beberapa pemain Liverpool yang lain tampil mempertahankan Salah.

“Saya mahu katakan kepada Sokratis, Salah tidak diving,” jelas Van Dijk kepada Metro.

Apa yang berlaku semasa waktu rehat itu bukanlah pergaduhan menurut Van Dijk. Dia hanya mahu menyelesaikan masalah penalti dalam perlawanan itu sahaja.

“Tetapi apa yang kelihatan memang biasa berlaku dalam bola sepak. Seperti bergaduh atau sesuatu sepertinya. Tetapi sebenarnya tidak,” kata Van Dijk.

Pemain pertahanan kebangsaan Belanda itu tegas mengatakan bahawa dia tidak menerima jika rakannya diserang oleh pihak lawan.

“Saya melindungi rakan sepasukan saya, itu normal. Setiap orang bertindak seperti itu dan itulah yang kami perlukan, melindungi satu sama lain. Saya seharusnya bersikap begitu,” kata Van Dijk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here