Solskjaer : Bola Sepak Itu Mudah Jika Anda Mempunyai Pemain Yang Hebat!

0
278

 

Ole Gunnar Solskjaer telah memulakan tugas sebagai seorang jurulatih Manchester United dengan langkah kanan apabila berjaya mengalahkan Cardiff City 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL). Lima gol yang dihasilkan oleh United semasa melawan Cardiff menunjukkan betapa baiknya The Red Devils di bawah jagaan Solskjaer.

Solskjaer memuji para pemain United dengan menyatakan bahawa bola sepak sangat mudah jika anda mempunyai para pemain yang berkualiti. Jurulatih dari Norway itu menganggap kemenangan tersebut adalah kerana kerja keras dan juga kualiti yang dimiliki oleh para pemain.

Dalam perlawanan tersebut kualiti permainan yang ditunjukkan oleh para pemain United memang kelihatan sangat jelas kerana pada minit ketiga Marcus Rashford telah berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma.

Selepas itu, United dengan mudah berjaya menambah jumlah gol menerusi Ander Herrera minit ke-29, Anthony Martial (40) dan Jesse Lingard (57 dan 90). Sementara itu, Cardiff hanya mampu merapatkan jurang satu gol menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Victor Camarasa pada minit ke-38.

“Bola sepak itu mudah jika anda mempunyai pemain yang baik! Mereka adalah satu kumpulan pemain yang hebat dan kualiti mereka sungguh menakjubkan,” kata Solskjaer, dilaporkan oleh BBC.

Kemenangan itu membolehkan United mengukuhkan kedudukannya di tempat ke-6 liga dengan mengumpul 29 mata. Sementara itu, Cardiff berada di kedudukan ke-17 dengan mengumpul 14 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here