Solskjaer: Inilah Pogba yang Saya Kenal

0
545

 

Jurulatih sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, memuji prestasi Paul Pogba ketika pasukannya menang 3-1 ke atas Huddersfield Town di Stadium Old Trafford.

Solskjaer menasihati Paul Pogba supaya sentiasa mengingati akan tanggungjawabnya sebagai pemain di Manchester United walaupun dia sentiasa dihujani kritikan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

“Inilah Paul Pogba yang saya kenal sejak pasukan simpanan dan pasukan muda. Dia sentiasa gembira dan tersenyum lebar. Ketika dia menjaringkan gol, dia pasti gembira,” kata Solskjaer kepada FourFourTwo.

“Apabila bermain untuk Manchester United, anda perlu gembira. Ini adalah tanggungjawab, kehormatan dan keistimewaan,” tambah Solskjaer.

Dalam perlawanan tersebut, Pogba berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-64 dan 78. Satu gol lagi dijaringkan oleh Nemanja Matic pada minit ke-28.

Kemenangan ini membolehkan United menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 32 mata.

Untuk perlawanan seterusnya, United akan menentang Bournemouth di Stadium Old Trafford pada hari Isnin, 31/12/2018, 12.30 pagi waktu Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here