Son Bertekad Memadam Kemenangan Berturut-turut MU

0
188

 

Pemain bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min bertekad mahu memungut tiga mata penuh pada perlawanan ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United nanti.

Perlawanan diantara dua pasukan ini adalah akan berlangsung di Wembley Stadium pada hari Isnin, 14 Januari 2019, pukul 12.30 pagi waktu Malaysia.

Walaupun United tampil baik dengan memenangi kelima-lima perlawanan terakhirnya, Son yakin pasukannya dapat memadamkan rekod tersebut.

Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir Son sebelum terbang ke Dubai bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan bagi menyertai Piala Asia 2019.

“Ya, mereka (United) memang berada dalam keadaan positif dalam beberapa perlawanan terakhir. Tetapi saya ingin pergi dengan misi tiga mata sebelum menuju ke Dubai (bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan menghadapi Piala Asia 2019), kata Son menurut The Guardian.

“Tidak mudah bagi saya meninggalkan pasukan pada masa ini. Saya berasa sangat sedih, tetapi saya ingin memenangi perlawanan ini, dan pergi dengan gembira menuju ke Dubai,” jelas pemain berusia 26 tahun itu.

Pada musim ini, Son telah berjaya menjaringkan sebanyak lapan gol dan lima assist sepanjang sebelas kali penampilannya bersama Tottenham Hotspur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here