Son Heung-Min Akui Kepenatan Bermain Di Perlawanan Korea Selatan Vs China

0
197

 

Pemain Tottenham Hotspurs, Son Heung-Min mengakui sedikit kepenatan selepas bermain bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan menentang China di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C Piala Asia 2019.

Son mengakui kepenatan selepas mengalahkan China dengan keputusan 2-0 dan dia merasa gembira dapat membantu negaranya layak ke peringkat seterusnya sebagai status juara Kumpulan C.

Kehadiran Son pada perlawanan tersebut sebenarnya tidak terlalu diperlukan kerana Korea Selatan sebenarnya sudah layak ke peringkat seterusnya dari segi pengiraan jumlah mata terkumpul.

Walaubagaimanapun, Son tetap diturunkan pada perlawanan tersebut dan dikeluarkan pada minit-minit akhir perlawanan.

Bermain hampir 90 minit dan baru sahaja didatangkan dari Inggeris, sudah tentu membuat Son sedikit kepenatan.

“Saya baik-baik sahaja. Saya tidak katakan saya tidak kepenatan hari ini, namun saya yakin semua pemain juga merasa kepenatan dari perlawanan tersebut,” kata Son seperti dilaporkan laman rasmi AFC.

“Kami masih mempunyai masa untuk berehat sebelum bermain perlawanan seterusnya. Jadi kami akan mempersiapkan diri sebaik mungkin dan menunjukkan permainan terbaik di perlawanan seterusnya kepada penyokong kami,” tambah pemain berusia 26 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here