Sturridge terlibat dalam pertaruhan bola sepak?

0
310

 

Penyerang Liverpool Daniel Sturridge telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) atas dakwaan salah laku setelah melanggar peraturan ketika membuat pertaruhan dalam perlawanan bola sepak pada Januari tahun ini.

Dia didakwa melanggar satu peraturan pertaruhan bola sepak yang membabitkan pemberian maklumat berkaitan bola sepak di mana maklumat tersebut diperolehi menerusi kedudukannya sebagai seorang pemain dan tidak didedahkan kepada umum.

Menurut jurucakap Liverpool awal pagi tadi, penyerang itu telah memberikan kerjasama yang baik kepada FA, namun menafikan dia terlibat dengan sebarang bentuk pertaruhan dalam bola sepak.

“Sturridge telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam keseluruhan proses siasatan ini dan kami akan memberi sebarang kenyataan hanya setelah siasatan ini selesai sepenuhnya,” kata jurucakap Liverpool.

FA diberikan tempoh sehingga 20 November ini bagi memfailkan dakwaan terhadap pemain tersebut.

Sturridge yang menyertai The Reds dari Chelsea pada 2013, menghabiskan separuh musim lalu di West Brom menerusi pinjaman pada 29 Januari.

Dia membuat 26 penampilan bersama England dengan kali terakhir menentang Lithuania pada Oktober 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here