Suarez Mengalu-alukan Kepulangan Neymar Ke Barcelona

0
222

 

Khabar angin yang tersebar meluas akhir-akhir ini tentang Neymar yang dikatakan bakal kembali ke Barcelona.

Menurut Luis Suarez, dia mengalu-alukan kedatangan Neymar ke Barcelona kembali.

Satu khabar angin sebelum ini yang mengatakan bahawa Neymar telah menghantar mesej kepada pihak Barca untuk membawanya pulang kembali ke Barca dari Paris Saint-Germain pada jendela perpindahan pemain musim panas 2019.

Namun khabar angin tersebut telah dinafikan oleh Neymar sendiri.

Bagi Suarez, dia berharap khabar angin itu benar dan dia bersiap sedia menyambut kepulangan bekas rakannya itu.

Suarez berpendapat bahawa semuanya boleh berlaku dalam dunia bola sepak.

“Dalam bola sepak, saya selalu mengatakan bahawa anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku,” kata Suarez, seperti yang dilaporkan oleh Marca.

“Pada masa ini dia (Neymar) benar-benar menikmati kehidupan di Paris.

“Matlamatnya jelas. Sebagai rakan sepasukan, rakan atau peminat bola sepak, anda mahukan yang terbaik untuknya. Tetapi ini masih merupakan khabar angin dan anda tidak pernah tahu.

“Sudah tentu dia pemain yang membuat perbezaan. Tetapi anda juga perlu ingat bahawa ianya adalah satu keputusan yang sukar dibuat olehnya apabila dia memutuskan untuk pergi (dari Barcelona dahulu). Sama seperti untuk dia memutuskan kembali (ke Barcelona),” kata pemain berusia 32 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here