Suarez Tak Berkecil Hati Bila Barcelona Mula Cari Penggantinya

0
450
Foto: Paul Hanna/Reuters

 

Penyerang Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak berkecil hati dan terkejut bila kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya.

Malah kata Suarez, dia langsung tidak kisah mengenai perkara itu.

“Barcelona cari pemain pengganti saya? Ia normal. Saya pun sudah berusia 31 tahun,” ujarnya kepada stesen radio Sport890.

Pada aksi El-Clasico baru-baru ini, Suarez menjadi tumpuan utama setelah Messi tidak turun beraksi gara-gara kecederaan.

Dalam perlawanan tersebut, Suarez meledak hatrik untuk membantu Barcelona meraih kemenangan 5-1 keatas musuh tradisi, Real Madrid.

Dua lagi gol Barcelona dijaringkan oleh Philipp Countinho dan Arturo Vidal.

Satu gol saguhati Real pula dijaringkan menerusi rembatan Marcelo.

Ia merupakan pertembungan El-Clasico pertama tanpa penampilan Messi yang mewakili Barcelona sejak 10 tahun lalu.

Malah, ia juga menjadi El-Clasico pertama Real tanpa Ronaldo setelah bintang itu berpindah ke Juventus.

Persembahan Suarez pada perlawanan berkenaan turut mendapat pujian ramai.

Malah, dia turut menerima rating 9.7 daripada laman web WhoScored.com, sekaligus meletakkan dia sebagai pemain terbaik mingguan bagi pasukan Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here