Sudah La Lesen Kelab Tak Lulus, Pemain Pula Saman KAFA

1
6122

 

Belum sempat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyelesainkan isu berkaitan perlesenan kelab untuk aksi Liga Malaysia, badan induk bola sepak negeri itu dikejutkan dengan tindakan beberapa pemain yang bertindak mengemukan saman terhadap persatuan itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang mengatakan cukup terkejut dengan tindakan yang diambil segelintir pemain yang ada di antaranya dua tahun tidak dibayar gaji.

Pemain berkenaan tampil membuat laporan polis dan menuntut kembali hak mereka sekaligus memberikan tekanan yang besar dan tamparan yang hebat kepada KAFA.

Jelas Bibi, pihaknya sudah sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi pasukan termasuklah melibatkan hutang lama, sebagaimana yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

“Kita tersempit. Semakin kita berusaha bayar hutang, semakin menjadi-jadi saman daripada pemain seolah-olah mereka (pemain) tahu syarat (bayar hutang) untuk mendapatkan lesen,” katannya kepada media.

Bagaimanapun, Bibi memberi jaminan akan cuba berunding dengan pemain yang terlibat bagi memastikan kemelut tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sementara itu, mengulas mengenai kegagalan KAFA dalam mendapat perlesenan kelab, Bibi melalui satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada Badan Perlesenan Kelab FAM dan berharap rayuan tersebut dapat dipertimbangkan.

Dalam kenyataan sama, Bibi turut mengumumkan mengenai penamatan kontrak pemain import, Cristiano Santos dan mengucapkan terima kasih kepada jasanya sepanjang bersama TRW tahun ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here