Sudahlah Kalah, Lovren Pula Cedera

0
77

 

Selain kalah kepada Wolverhampton Wanderers, Liverpool juga harus menerima kenyataan pahit yang lain iaitu terpaksa kehilangan Dejan Lovren yang cedera dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

Bertandang ke Stadium Molineux, Juergen Klopp telah menurunkan Lovren sebagai kesebelasan utama pada perlawanan tersebut.

Malangnya, Lovren hanya sempat beraksi enam minit sebelum digantikan oleh Ki-Jana Hoever, 16 tahun.

Pertahanan berasal dari Croatia itu menghadapi kecederaan di bahagian pahanya.

Selepas tamat perlawanan yang dimenangi oleh Wolverhampton dengan keputusan 2-1, Klopp mengesahkan bahawa Lovren mengalami kecederaan hamstring dan belum dapat dipastikan berapa lama harus berehat.

“Apa yang saya dengar adalah Dejan Lovren mempunyai masalah dengan hamstringnya – tidak ada gejala sebelum ini. Saya bertanya kepada semua orang, tidak ada tanda-tanda, tiba-tiba sahaja, jadi anda perlu membuat keputusan dengan cepat,” kata Klopp menurut BBC.

Kecederaan ini sememangnya menjadi tamparan hebat kepada The Reds kerana Lovren bakal berehat lama.

Jadual Liverpool amat padat dengan perlawanan sehingga hujung Januari ini dan Liga Juara-Juara akan bersambung pada pertengahan Februari nanti.

Klopp sendiri mengakui bahawa dia tidak mengetahui bila Lovren bakal kembali ke pasukan dan kemungkinan Fabinho akan menjadi penggantinya di posisi pertahanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here